Mati itu pasti

Berubah ke Arah Kebaikan | Mati Itu Pasti | Banyak orang sangkakan hidup ini mudah. Ya mereka percaya Mati Itu Pasti, apapon tapi dah tua esok baru bertaubat. Bro, mati ni tak kira usia atau kesihatan. Rasanya semua sedia arif pasal ni. Semuanya atas ketentuan Allah. Semuanya kehendak Allah.

Sedarkah kita, Mati Itu Pasti?

Setiap hari, malaikat maut akan turun melihat wajah kita sebanyak 70 kali. Dan setiap hari itu juga malaikat maut akan naik tanpa mencabut nyawa kita kerana belum ketentuannya kita akan mati pada hari itu. Namun, berapa ramaikah antara kita yang sedar betapa dekatnya kita dengan kematian? . 


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

surah al-A’raaf ayat 34

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” _surah Ali Imran ayat 145

”Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).” _surah Az-Zumar ayat 30



Dengar Kata Hati Melakukan Perubahan
Bukan mudah seseorang meninggalkan tabiat lamanya demi melakukan perubahan. Pelbagai kesakitan yang akan dirasai lebih-lebih lagi kesakitan mental, jiwa dan perasaan. Bukan mudah hendak menjadi seorang yang baru dari segi amalan dalam kehidupan.
Langkah Awal Melakukan Perubahan
Orang Muslim selalu diperingatkan tentang niat sebelum melakukan sesuatu. Innamal a’malu binniyat! Maka, apabila terdetik dihati untuk melakukan sesuatu kebaikan, pastikan kita tanya diri kita sendiri. Kerana apa sebenarnya kita ingin melakukan kebaikan tersebut?
Adakah kerana ingin dikasihi Tuhan? Atau ingin dipuji semata-mata oleh manusia?
Pergaulan seharian juga memberi impak yang besar dalam kehidupan. Dan mencari sahabat yang baik, soleh lagi beriman itu memang suatu kemestian. Carilah sahabat mahupun kawan-kawan yang sekurang-kurangnya dapat memperingati anda dengan pertanyaan sebegini,
“Kamu dah solat?”
Jika ada kawan yang sebegini, maka hargailah ia. Jagalah hubungan dengan ia. Bergaul dengan orang jahat, maka jadi jahatlah kita. Bergaul dengan orang baik, maka jadi baiklah kita.
Pecahkan Tembok Keegoan Dalam Diri
Melakukan perubahan bererti kita akan belajar benda yang baru. Melalui pengalaman baru yang akan membuatkan kita sedar akan hakikat kehidupan yang sebenar meskipun kadang kala kehidupan ini sukar diungkapkan bagaimana pengakhirannya.
Kadang kala, kita malu untuk bertanya atau memulakan sesuatu tindakan kerana takut dipandang serong oleh orang lain. Takut kehilangan kasih sayang keluarga dan kawan-kawan. Dan kadang kala juga, kita teragak-agak untuk memulakan perubahan kerana memegang keegoan dek kerana malu berdepan dengan orang ramai.
“Ya ALLAh, engkau ampunkanlah dan peliharalah seluruh kaum muslimin dan muslimat…”

No comments :

Post a Comment